Sunday, December 20, 2009

Tuesday, November 10, 2009

Wednesday, November 4, 2009

Sunday, October 18, 2009

Kehebatan Durian Balik Pulau,Pulau Pinang

Dalam dok belek belek benda dalam komputer aku,terjumpa plak video yang aku rakam sempena musim durian kat balik pulau,Seingat ingat aku,aku baru balik kerja malam,balik terus p kebun makan,petang amik MC,klinik mesti dirahsiakan...tak caya tanya man D'real...hahaha,so enjoy la video yang tak seberapa nie

Nur Mawaddah Irsalina 1 tahun 5 bulan

Kelincahan anak aku bila mula mendapat langkah kaki,letih juga melayan karenah bila bebudak kecik sorang nie....

Saturday, October 17, 2009

Motor Jaguh Kesayangan Hamba











Ni lar motor aku yang agak standard gaban,kira boleh ulang alik mai keja kat bayan lepas,kira ok la....nak beli viragi,shadow,vulcan ka...jauh nun simpan dalam hati,tapi insya allah,satu hari nanti munkin aku dapat juga la beli salah satu produk tu...hahaha...Dengan jaguh aku nie la aku ride sorang sorang hulu hilir,...so be proud of it...live ride & enjoy your life

Friday, May 1, 2009

Inginnya Aku Mendidik Anak Seperti...

Jangan asyik tulis sana sini sana sini sinun situ melata lata,amal maruf nahi munkar...hehehe,kot ada kawan kawan pernah terbaca ayat tu,mau tau la kan...cakap aja,apa pun tak da,Insya allah nak juga aku didik anak aku boleh menjawab macam nie....Jadi tengok la klip nie,memang bangga la jika anak kita boleh menjawab persoalan yang tak semestinya bila kita ditanya kita boleh menjawab

Kenang Kenangan Hanya Tinggal Kenangan


Pada tahun 2009 nama aku telah di gugurkan dalam pasukan ERT Philips Lumileds,agak mengecewakan juga,tapi bagus juga..ada hikmah disebalik ni,sebab aku boleh tumpukan perhatian untuk meniaga waktu cuti,Tak payah susah susah datang training ERT..hehehe...so,yang mana kawan kawan yang masih lagi nama didalm ERT,carry on...and happy go lucky dalam the real drill...

Saturday, April 4, 2009

ERT bukan Ekonomi Rumah Tangga ...

















Dalam Boring2 aku depan PC nie,Kerja pun tak da,belek belek pen drive aku,jumpa balik gambar waktu training ERT philips lumileds...Kira waktu tu boleh tahan gak la,memandangkan aku pun suka dalam aktiviti macam nie,Bukannya tak bagus kita menceburi emergency rescue team nie,bagus tau...cuma orang yang tak tau kelebihan nya saja buat kata tak bagus...banyak yang aku pelajari selain dari cara merawat,memadam kebakaran dan lain lain lagi.Tapi ada satu benda yang aku pelajari dalam ERT adalah semangat setia kawan...tu aku punya pendapat la...lain padang lain belalang kan?...So,ours members...good job & jumpa dan jumpa lagi pada training yang akan datang...cherio 73


Friday, April 3, 2009

Genap 2 Tahun Berumah Tangga




Tanggal 1 april 2009 lepas,maka genaplah hidup aku di alam yang penuh cabaran,cabaran yang lebih mencabar dari amazing race asia...Cabaran dari segi mental & fizikal memang tidak asing lagi bagi pasangan hidup di mana mana negara sekalipun,namun perlu di ingat usaha & doa menjadi penentu segalanya...jadi dengan ini aku ucapkan sendiri pada aku,selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 2 dan selamat hari lahir aku yang ke 29...










Thursday, April 2, 2009

Penceria Dunia Ku



Dilahirkan pada 20.05.2008 di Hospital Besar Pulau Pinang.Selalu aktif kekadang kala sehingga jatuh buaian dan katil.makanan kegemaran ialah apa yang mak & bapa dia makan,klu mak makan burger maka dia pun nak juga burger,kalau bapa makan koey teow,dia pun nak koeyteow...Bab membuli bebudak tak jadi hal,no 1...setakat mak su dia yang berumur 1 tahun 3 bulan ,mudah ja diguling gulingkan macam gulung tikar...

Freewebs Ke Blogspot

memang lumrah dalam hidup manusia,mencuba cuba cubaan teruskan mecuba sampai berjaya...kalau tak berjaya?tak apa...cuba lagi..dulu aku mencuba freewebs,ok la...skang nie try la plak blogspot,erm..rasanya,ok gak la...benda free kan...mana nak boleh dapat,bak kata mat rempit,nak minum air kosong 2 kupang,kencing pun 2 kupang...okies...ciosss...