Saturday, July 13, 2013

# 4 Ramadhan 2013

Seperti sahur biasa, bangun , makan tapi ada ninetology di tangan sambil chatting dengan rakan rakan kilang menggunakan applikasi whatsup..jenuh melayan rerakan aku ni.. subuh berkumandang, aku terus ke Masjid , tazkirah subuh pagi agak menarik , lebih kurang begini lah.. " sesetengah ulama berpendapat , maka terbatallah puasa jika pada hari berpuasa seseorang itu berbohong atau mengumpat, kerana bagi mereka perbuatan itu sama macam makan dan minum..".. untuk peringatan diri aku serta sahabat sahabat yang membaca, kita pernah dengar benda benda yang macam ni , tapi masih lagi kita lupa & alpa..masih lagi menipu di sana sini , mengumpat di sana sini...semoga Allah Taala membuka hati aku serta kita semua menjauhi sifat sifat seperti itu, InsyaAllah

Friday, July 12, 2013

# 3 Ramadhan 2013

Sebelum jam berbunyi aku terkejut, tengok jam menunjukkan 4.50 pagi.. so aku bangun terus, tak boleh nak lelap, nanti hanyut terus.. Bersahur & mandi terus ke masjid solat subuh . Subuh di pagi Jumaat ni , selalunya imam akan membaca surah sajaddah, maka kita akan dapat sujud extra la...Tazkirah subuh pagi ni mengenai berpuasa dan beramal di malam hari yang sia sia, bagaimana tu?... kalau nak tahu selalulah hadir diri ke majlis ilmu , majlis kuliah , atau tazkirah tazkirah yang disampai selepas solat,Alhamdulillah. Time keluar masjid tu hari masih gelap, takkan nak hujan lagi seperti hari kelmarin?...erm...
Ternyata mendung tak semestinya hujan... panas terik di tengahari jumaat, apa bila petang teringin membeli juadah berbuka di Masjid daerah, orang jangan ceritalah..ramai macam pesta...itulah rezeki di bulan Ramadhan bagi yang berpuasa, so ...gambar apa hari ni?....


# 3 - Ramadhan adalah satu bulan yang berkat..bulan ibadat, maka benar apa yang di janji, ramai orang berpusu pusu mengejar keberkatannya

Thursday, July 11, 2013

# 2 Ramadhan 2013

Hari kedua Ramadhan 2013 menjengah, sahur linkungan 5.20 pagi..duduk berehat,mandi..terus ke Masjid Sungai Rusa...setelah selesai solat Subuh, mendengar Tazkirah , dimana salah satu ayat Tazkirah yang aku agak kagum bunyi lebih kurang begini  " sesiapa yang berlapar di dalam bulan ramadhan, berbuka puasa & bersahur hanya sekadar mengalas perut maka dia terlepas dari gangguan syaitan selama setahun sehinggalah ramadhan yang bakal mendatang, pernah di riwayatkan seorang alim hanya berbuka puasa &  bersahur hanya seteguk air dan makan padari hari ke 15 sahaja..".. MasyaAllah....mampukah kita?...
bila tiba waktu berbuka, aku ingin berbuka di masjid , beli kuih 2 ke 3 ketul , bawa lah ke masjid... aku dapati penuh kuih dalam talam..., Alhamdulillah... seronok berbuka puasa bersama orang masjid..macam macam cerita boleh dengar sebelum solat maghrib, bukan mengumpat tau.... ilmu...
Semalam ada masalah nak upload , so hari ni baru boleh upload gambar...

# 2 - Sekiranya hati masih tertutup menerima Ramadhan tahun ini, Adakah kita yakin..Allah akan membiarkan pintu hati kita mengetuk bulan mulia pada tahun hadapan?

Wednesday, July 10, 2013

# 1 Ramadhan 2013

Hari mula ramadhan tahun ni aku bermula dengan scan out keluar kerja.jenguk ke langit nampak gaya gelap nak hujan... aku start motor terus memecut balik melalui batu maung - bayan lepas - sungai batu - teluk kumbar - hingga balik pulau , berterusan kena hujan renyai renyai, teringat pula kepada arwah abah aku... mungkin inilah gayanya beliau balik kerja dahulunya... sesampai di rumah anak aku masih di bilik air sambil di leter oleh mak nya... begitulah waddah setiap hari...hahaa... aku masih memikirkan..apakah gambar diari ramadhan # 1 pada hari ni..erm..penat arghh.. tidor dulu...

Bersambung.....

letih ..letih..bangun pukul 4 petang...kalut sembahyang zuhur.. baru mandi..adooohai..., usung fujifilm x20 keliling rumah...dok pikir, nak shoot apa diari ramadhan #1 ni...erm...ok.., ada idea..


#1 - Setinggi mana iman mu, sekerap mana amalan ibadat mu, jika isteri dan anak mu tidak di hiraukan, ditinggalkan maka , selangkah lagi kaki mu ke jannah Allah pasti tersekat...kerana mereka tagihkan hutang mereka di dunia bila mereka di akhirat


menunggu esok pula... salam Ya Ramadhan...

Tuesday, July 9, 2013

Kembali Di 2013

salam all... dah lama aku tak terjah blog.. tahun tahun sebelum ni sibuk memanjang , dengan kerja.. dengan part time job wedding fotografi.... So , gear 7D, aku dah jual... trade in dengan Fujifilm X20 sahaja... so untuk membuka minda bloger aku, tahun 2013 , aku cuba update diari ramadhan... Insyaallah... salam Ramadhan 2013 sahabat sahabat semua

Tuesday, January 19, 2010

Monday, January 18, 2010