Saturday, July 13, 2013

# 4 Ramadhan 2013

Seperti sahur biasa, bangun , makan tapi ada ninetology di tangan sambil chatting dengan rakan rakan kilang menggunakan applikasi whatsup..jenuh melayan rerakan aku ni.. subuh berkumandang, aku terus ke Masjid , tazkirah subuh pagi agak menarik , lebih kurang begini lah.. " sesetengah ulama berpendapat , maka terbatallah puasa jika pada hari berpuasa seseorang itu berbohong atau mengumpat, kerana bagi mereka perbuatan itu sama macam makan dan minum..".. untuk peringatan diri aku serta sahabat sahabat yang membaca, kita pernah dengar benda benda yang macam ni , tapi masih lagi kita lupa & alpa..masih lagi menipu di sana sini , mengumpat di sana sini...semoga Allah Taala membuka hati aku serta kita semua menjauhi sifat sifat seperti itu, InsyaAllah

No comments:

Post a Comment