Wednesday, July 10, 2013

# 1 Ramadhan 2013

Hari mula ramadhan tahun ni aku bermula dengan scan out keluar kerja.jenguk ke langit nampak gaya gelap nak hujan... aku start motor terus memecut balik melalui batu maung - bayan lepas - sungai batu - teluk kumbar - hingga balik pulau , berterusan kena hujan renyai renyai, teringat pula kepada arwah abah aku... mungkin inilah gayanya beliau balik kerja dahulunya... sesampai di rumah anak aku masih di bilik air sambil di leter oleh mak nya... begitulah waddah setiap hari...hahaa... aku masih memikirkan..apakah gambar diari ramadhan # 1 pada hari ni..erm..penat arghh.. tidor dulu...

Bersambung.....

letih ..letih..bangun pukul 4 petang...kalut sembahyang zuhur.. baru mandi..adooohai..., usung fujifilm x20 keliling rumah...dok pikir, nak shoot apa diari ramadhan #1 ni...erm...ok.., ada idea..


#1 - Setinggi mana iman mu, sekerap mana amalan ibadat mu, jika isteri dan anak mu tidak di hiraukan, ditinggalkan maka , selangkah lagi kaki mu ke jannah Allah pasti tersekat...kerana mereka tagihkan hutang mereka di dunia bila mereka di akhirat


menunggu esok pula... salam Ya Ramadhan...

No comments:

Post a Comment