Friday, July 12, 2013

# 3 Ramadhan 2013

Sebelum jam berbunyi aku terkejut, tengok jam menunjukkan 4.50 pagi.. so aku bangun terus, tak boleh nak lelap, nanti hanyut terus.. Bersahur & mandi terus ke masjid solat subuh . Subuh di pagi Jumaat ni , selalunya imam akan membaca surah sajaddah, maka kita akan dapat sujud extra la...Tazkirah subuh pagi ni mengenai berpuasa dan beramal di malam hari yang sia sia, bagaimana tu?... kalau nak tahu selalulah hadir diri ke majlis ilmu , majlis kuliah , atau tazkirah tazkirah yang disampai selepas solat,Alhamdulillah. Time keluar masjid tu hari masih gelap, takkan nak hujan lagi seperti hari kelmarin?...erm...
Ternyata mendung tak semestinya hujan... panas terik di tengahari jumaat, apa bila petang teringin membeli juadah berbuka di Masjid daerah, orang jangan ceritalah..ramai macam pesta...itulah rezeki di bulan Ramadhan bagi yang berpuasa, so ...gambar apa hari ni?....


# 3 - Ramadhan adalah satu bulan yang berkat..bulan ibadat, maka benar apa yang di janji, ramai orang berpusu pusu mengejar keberkatannya

No comments:

Post a Comment